Selasa, 29 September 2015

cara penanaman pokok gaharu

Saya perlukan ruang entri disini untuk menjawab soalan saudara, memandangkan ianya agak panjang . Walaupun demikian, saya akan ringkaskan sebaik mungkin. 


Bajet permulaan yang perlu:


Bergantung kepada jumlah anak pokok gaharu yang dibeli, dan kos-kos lain. Harga setiap anak pokok pula mengikut ketinggian dan penjual tempat itu.


Biasanya 1 kaki tinggi hanya sekitar RM 3 hingga 5. Manakala bagi yang mencapai ketinggian 3 kaki ataupun lebih boleh mencecah sehingga RM15. Walau demikian bergantung kepada stok yang ada. 


Terpulang kepada saudara sama ada membuat semaian biji benih sendiri ataupun membeli anak pokok dari polibeg di nurseri terpilih. Sumber tersebut boleh diperolehi dari mereka yang aktif dalam komoditi ini.


Saudara perlu putuskan untuk menanam spesis pilihan berkualiti seperti aquilaria subintegra, a malacensis, a-crassna ataupun a. hirta (candan). Saudara juga boleh mempelbagaikan spesis di tempat yang sama.


Dari sudut kos yang diperlukan, ianya bergantung kepada pilihan saudara . Contohnya saudara mempunyai keluasan 1 ekar tanah, saudara boleh memilih penanaman pada jarak 6'x6', 6'x8' ataupun 8x8 kaki persegi.


Sekiranya saudara memilih 6x6 kaki persegi pada setiap satu anak pokok, ditanah yang berkeluasan satu ekar, ianya boleh menampung sebanyak 1,000 anak pokok gaharu.


Seandainya harga anak pokok yang dibeli RM 3, kos untuk pembelian anak gaharu adalah RM 3,000. Namun, sesuatu projek itu tidak bertepatan dengan jelas akan kos sepatutnya. Ini kerana akan berlaku penggantian 

anak pokok yang mati, penggunaan tenaga buruh, baja, nutrien dan sebagainya.

Bajet permulaan bagi keluasan seekar tanah, TIDAK seperti yang dinyatakan diatas. Disini kos diperlukan dari masa ke semasa bergantung kepada jumlah anak pokok gaharu yang dibeli, penyenggaraan atau kekerapan 

pembajaan dan pembersihan kebun.

Pelaburan gaharu memerlukan modal masa, tenaga dan wang. Inilah harga yang perlu dibayar oleh petani.



Hasil tuaian:


Tempoh tuaian dan hasil bergantung kepada sejauh mana pembesaran batang pokok mengikut ukuran lilitan dengan suntikan (inokulasi) yang dibuat, pemeriksaan dari masa ke semasa bagi menentukan pembentukan teras 

sama ada berjaya dihasilkan atau memerlukan bahan yang sesuai dengan spesis yang ditanam.

Dianggarkan tempoh pembesaran antara 4 hingga 7 tahun selepas penanaman dibuat (bergantung kepada spesis, kekerapan hujan,pembajaan, semburan nutrien dan lain-lain faktor).



Cara penjagaan dan pemantauan:


Tanam dan tinggal adalah pelaburan berisiko. Saudara perlu membuat pemantauan, penjagaan, pembajaan, semburan nutrien, penyenggaraan/pembersihan kawasan dan pemeriksaan anak pokok gaharu dari masa ke semasa. Dalam aktiviti ini TIDAK semestinya dibuat secara berjadual yang konsisten. Pendek kata bergantung kepada 

kelapangan saudara.

Semburan nutrien diperlukan dari masa ke semasa terutamanya apabila berlaku serangan musuh yang merosakan. Biasanya tanda awal adalah kelihatan daun anak gaharu mulai kekuningan. Begitu juga semasa kemarau panjang, boleh menyebabkan tanah kekeringan dalam tempoh yang panjang.


Disyorkan semburan nutrien semasa keadaan kering/cuaca panas manakala pembajaan pada musim hujan.


Gunakan kayu ataupun lain-lain batang sebagai tanda kepada setiap anak gaharu yang masih kecil bagi mengelakkan kerosakan tanaman semasa kerja-kerja pembersihan.



Ancaman pada anak pokok tanaman gaharu:


Anak pokok gaharu memerlukan kelembapan tanah dan nutrien yang mencukupi bagi proses pembesaran, namun pantang kepada takungan air secara berlebihan pada tempoh yang lama selepas hujan. 


Selain itu, tanah yang kering akibat kemarau panjang boleh menyebabkan kematian anak pokok. Disini semburan nutrien yang kerap diperlukan bagi menyelamatkan anak gaharu.



Biar saya jelaskan disini, pokok gaharu tidak dapat hidup di kawasan berikut:


a) kawasan berair

terdapat lopak air selepas hujan yang mana memerlukan tempoh yang panjang sebelum kering dan juga ia tidak sesuai ditanam dikawasan berpaya. Atau saudara perlu membuat tambunan tanah bukit terlebih dahulu.

b) tepian pantai

tepian pantai ataupun kawasan tanah yang mempunyai kandungan pasir yang tinggi.

c) tanah berasid

kadar ph yang tidak sesuai kepada hampir kebanyakan pokok. Tanah yang masam boleh diketahui apabila tumbuhan pakis menguasai persekitaran disitu. Baja organik tertentu boleh digunakan bagi tujuan pemulihan tanah dan kesuburan.

d) ancaman musuh

kulat yang menyerang pada bahagian akar, serangan virus dan serangga.

e) kualiti anak gaharu


semasa proses penanaman, barangkali akar tunjang anak gaharu telah patah, kebarangkalian pokok mati adalah tinggi. Begitu juga anak pokok yang telah disimpan sekian lama sebelum terjual menyebabkan akar tunjang membengkok menyebabkan kemungkinan mati selepas ditanam.




Isnin, 21 September 2015

Gaharu Aquilaria Subintegra

Gaharu dari spesis aquilaria subintegra yang berasal dari negara jiran Thailand, diperakui tidak sesuai dengan bahan suntikan (inokulasi) tempatan. Sejauhmana kebenaran ini, anda boleh bertanya kepada mereka yang berpengalaman.

Adakah Thailand akan menurunkan ilmu dan bahan mereka, (termasuk teknologi yang mereka ada) dalam penanaman gaharu dari spesis ini (aquilaria subintegra).

Akan tetapi, lambakan anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra bersepahan didalam Malaysia.

Kenapa memilih anak pokok luar sedangkan kita mempunyai spesis kita sendiri yang lebih berkualiti dalam menghasilkan teras terbaik.

Aquilaria malacensis menjadi pilihan terkini kerana potensi penghasilan teras hasil suntikan bahan yang dihasilkan dalam malaysia sendiri.

Meskipun aquilaria subintegra cepat membesar namun jaminan dan bukti penghasilan teras berkualiti berada ditangan rakyat Malaysia, adakah fakta ini benar?

Adalah tidak masuk akal jika orang Thailand yang sekian lama meneroka bidang ini telah berjaya, bersetuju memindahkan 100% teknologi mereka kepada kita.

Apapun kita perlu terokai sendiri kesusahan ini bagi mendapat sesuatu yang berharga dan bernilai tinggi dalam industri gaharu.

Sekiranya mereka bersetuju memindahkan cara kejayaan dari spesis aquilaria subintegra ini, sudah tentu bersyarat yang memerlukan suatu kos tertentu yang belum tentu kita dapat penuhi.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita mencari alternatif yang tersendiri bagi menjayakan industri gaharu di Malaysia khususnya dari spesis yang kita ada.  

Namun, diharap mereka membuka peluang dengan berkongsi teknologi untuk kebaikan bersama.

Alternatif membuat teras pohon kayu gaharu hampir tanpa kos (modal efektif)

Bahan inokulasi berbayar dan teknik inducement direka cipta untuk dikomersilkan kepada mereka yang bermodal dan mampu.

Namun tidak semua orang mempunyai modal yang cukup untuk melaksanakan kerja-kerja inokulasi ataupun inducement.

Apakah langkah alternatif kepada mereka yang tidak mampu keluarkan sebahagian duit poket. Disini terdapat beberapa cara ataupun inisiatif sendiri untuk menghasilkan teras pada pohon kayu gaharu.

Dapatkan cara yang betul pada kos paling efektif membuat teras pada dahan dan pohon kayu gaharu hidup khususnya semasa membuat tempahan anak pokok daripada kami.



Datang dan lihat sendiri peralatan yang disediakan kemudian ubahsuai dirumah. Terdapat beberapa cara mudah tanpa kos yang sesuai kepada jenis dan spesis pokok gaharu yang ditanam ataupun pada pohon liar di tempat anda.

Pertanyaan boleh dibuat menerusi SMS di 0189160443 atau menerusi komen blog ini.

Namun kesesuaian spesis belum teruji sepenuhnya. Oleh itu, jaminan hanya kepada spesis candan sahaja.